Sabtu, 12 November 2016

AKIVITI MENARIK DI IPOH

1.MANDI AIR TERJUN

-Terdapat dua air terjun di Ipoh
A).Air Terjun ulu Kinta
      B)Air Terjun Chepor

3.BERAKIT DI SUNGAI KAMPAR
-Jika anda sukakan aktiviti sebegitu , anda boleh berakit di jeram (white water rafting) melalui sungai kampar yang airnya kadangkala tenang dan ada kalanya cukup mencabar hingga anda mungkin tercampak keluar dari rakit

4.AKTIVITI DI GUA TEMPURUNG



Aktiviti Pakej A dipanggil ‘Golden Flowstone’. Pakej ini membawa pelancong hingga ke platform ke-3 sahaja. Aktiviti ini mengambil masa selama 40 minit. Setiap pelancong dikenakan bayaran sebanyak RM6 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak.

Aktiviti Pakej B dipanggil ‘Top Of The World’. Aktiviti ini mengambil masa selama 1 jam 45 minit. Sekurang-kurangnya diikuti seramai 5 orang dewasa setiap lawatan. Setiap pelancong dikenakan bayaran sebanyak RM9 bagi dewasa dan RM4.50 bagi kanak-kanak. Pakej ini bermula pada 9 pagi hingga 3 petang setiap hari.

Aktiviti Pakej C dipanggil ‘Top Of The World and River Adventure’. Aktiviti ini mengambil masa selama 2 jam 30 minit. Aktiviti ini memerlukan lapan orang dewasa sekurang-kurangnya. Setiap pelancong dikenakan bayaran sebanyak RM11 bagi dewasa dan RM6 bagi kanak-kanak. Pakej ini dibuka pada 9 pagi hingga 12 tengahari setiap hari.

Pakej D dipanggil ‘Grand Tour’, aktiviti ini mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Peraturan ialah memerlukan lapan orang dewasa setiap lawatan. Pakej ini hanya dibuka pada 9 pagi hingga 12 tengahari setiap hari. Pelancong dikenakan bayaran sebanyak RM22 bagi setiap dewasa jika kanak-kanak hanya bayar RM11.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan