Sabtu, 12 November 2016

TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK DI IPOH , PERAK

1.LOST WORLD OF TAMBUN

-Satu destinasi percutian bersama keluarga yang sangat popular di Perak yang mempunyai pelbagai tarikan seperti taman tema air , kolam air panas , amusement park , lost world petting zoo , tiger valley dan sebagainya.


2.TAMAN REKREASI GUNUNG LANG


-Taman rekreasi gunung lang merupakan satu tempat menarik di Ipoh . Di taman ini terdapat tasik dan dikelilingi dengan bukit batu kapur . Pelancong boleh menaiki bot untuk bersiar-siar . Ada juga beberapa kandang binatang yang pasti membuatkan anak-anak teruja.

3.FANTASY HOUSE TRICK ART



-Satu tempat menarik di Ipoh untuk dilawati bersama keluargan dan anak-anak . Di sini terdapat banyak lukisan mural 3D yang kelihatan seakan-akan 'Hidup' apabila diambil gambar dari sudut yang betul.

4.TAMAN MINI JEPUN






-Apa yang menariknya tentang taman ini ialah binaan landskapnya adalah hampir sama dengan sebuah taman yang popular di Fukuoka , Jepun

5.GERBANG MALAM


-Gerbang malam merupakan sebuah pasar malam yang berkonsepkan ala-ala 'uptown' yang menempatkan banyak gerai yang menjual barangan samaada pakaian , tali pinggang , minyak wangi , kasut dan sebagainya , Harga di sini boleh dikatakan murah dan pengunjung boleh tawar menawar dengan penjual . Satu tempat menarik di Ipoh pada waktu malam untuk dikunjungi.

6.PASAR KARAT


-Merupakan sebuah pasar yang juga dikanali dengan nama 'Memory lane' . Bagi perminat barangan antik dan klasik , anda sangat dicadangkan untuk datang ke sini . Pasar ini dibuka pada hari Ahad sahaja.

7.GUN TEMPURUNG









-Gua tempurung terletak di Gopeng , ia antara gua terpanjang di semenjung Malaysia , iaitu kira-kira 1.9km , Untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung , lampu dipasang sepanjang laluan pejalan kaki dan tangga.

8.ISTANA KELLIE'S CASTLE

-Istana kellie's castle terletak di Batu Gajah . Ia memiliki rekabentuk unik terpengaruhi senibina India . Kedudukannya diatas bukit membuatkan kelihatan sangat mengagumkan . Sejarah kellie's castle ini bermula pada tahun 1915 dimana ia dibina oleh William kellie Smith untuk isterinya Agnes . Istana ini kini dipelihara seperti asalnya oleh kerajaan negeri Perak dan menjadi salah satu tarikan pelancongan di Ipoh.


9.KINTA RIVERFONT


-Dianggap I-City Ipoh, Kinta Riverfront adalah kawasan pinggir Sungai Kinta yang dipenuhi dipenuhi dengan cahaya berwarna warni. Bezanya? Masuk di sini secara percuma, dan tiada bayaran untuk parkir. Antara aktiviti waktu malam yang seronok dibuat di sini adalah berbasikal dua dan tiga tempat duduk. Best!

10.MUZIUM DARUL RIDZUAN


-Bagi yang ingin mengetuhui sejarah pembangunan Ipoh , lawatilah muzium yang sudah berusia lebih 100 tahun ini . Menariknya , seni bina muzium ini mempunyai ciri-ciri Inggeris . Di dalamnya pula mempamerkan artifak serta bahan sejarah perlombongan bijih timah dan pertanian di Ipoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan